Bola Sepak

Kelantan United kecapi kemenangan ketiga

Oleh Nor Amalina Alias

Kota Bharu: Kelantan United Football Club (KUFC) menang tipis 1-0 ke atas Penang FC dalam saingan Liga Super, malam ini.

Tuan rumah berjaya mengutip tiga mata berharga di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu menerusi gol tunggal import, Dominik Balic minit ke 67.

Seawal mula permainan, pelawat terlebih dahulu hampir membolos gol tuan rumah namun lambungan Sony Saad tepat dibaca penjaga gol KUFC, Shahril Sa'ari untuk menepis keluar bola.

Skrip sama berulang buat tuan rumah apabila Kim Deok nyaris merembat gol dalam kotak penalti namun dinafikan skuad Harimau Kumbang minit 44.

Gol yang ditunggu tuan rumah muncul selepas hantaran Jose Elmer Porteria tepat ke Balic yang menendang kencang bola dari jarak jauh untuk gol tunggal KUFC.

Kemenangan itu sudah pasti menjadi tonik buat skuad Ailton Dos Santos yang baru mengecap tiga kemenangan sepanjang 22 perlawanan liga super musim ini.

Disiarkan pada: October 2, 2023 @ 1:03am
d