Sukan Lain

Kuartet 4x100m wanita duduki tempat keempat

Oleh Syafiq Aznan

Hangzhou: Kuartet 4x100meter (m) wanita negara menamatkan saingan acara 4x100m di kedudukan keempat pada aksi final di Stadium Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.

Kuartet dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya dan Shereen Samson Vallabouy merakam catatan 45.01 saat.

Pingat emas dimenangi China yang melakukan catatan 43.39 saat sementara kuartet Thailand dengan catatan 44.32 saat memenangi pingat perak.

Gangsa menjadi milik kuartet Bahrain dengan catatan 44.90 saat.

Disiarkan pada: October 3, 2023 @ 9:25pm
d