Asia

300 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam

Oleh Agensi

Gaza: Dalam tempoh 24 jam lalu, 300 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan udara Israel dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan.

Reuters melaporkan seramai 800 orang lagi dilapor cedera.

Semalam, kementerian itu memaklumkan jumlah kematian meningkat kepada 2,215 orang di Semenanjung Gaza.

Antara yang terkorban adalah 724 kanak-kanak dan 458 wanita, manakala mangsa cedera meningkat kepada 8,714 orang termasuk 2,450 kanak-kanak dan 1,536 wanita.

Disiarkan pada: October 15, 2023 @ 10:06am
d