Asia

Korban di Gaza meningkat 10,328 orang, 4,237 daripadanya kanak-kanak

Oleh Bernama-AA

Ankara: Jumlah kematian akibat serangan rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza melonjak kepada 10,328 orang pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Antara yang terbunuh ialah 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita, kata jurucakap Kementerian Kesihatan berpangkalan di Gaza, Ashraf al-Qudra pada sidang media, lapor Anadolu Agency,

Menurut beliau, lebih 25,956 penduduk yang lain juga cedera akibat serangan tentera rejim itu.

Al-Qudra menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jawatankuasa Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa untuk melindungi kemudahan kesihatan dan ambulans daripada serangan Israel.

Selain jumlah korban yang besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel.

Disiarkan pada: November 8, 2023 @ 8:02am
d