Asia

Kebakaran di syarikat arang batu, 26 orang maut

Oleh BERNAMA

Taiyuan: Angka kematian meningkat kepada 26 orang selepas sebuah bangunan milik syarikat lombong arang batu di wilayah Shanxi, China terbakar pada pagi Khamis, menurut Pentadbiran Keselamatan Lombong Kebangsaan cawangan Shanxi.

Xinhua melaporkan bahawa kebakaran berlaku di tingkat dua bangunan lima tingkat yang terletak di Daerah Lishi, Bandar Lyuliang.

Usaha menyelamat sedang dijalankan, menurut pihak berkuasa tempatan.

Bangunan terbabit milik syarikat swasta lombong arang batu Yongju.

Disiarkan pada: November 16, 2023 @ 5:17pm
d