Bola Sepak

Penyokong TFC meriah, gamatkan SNBJ

Oleh Firdaus Hashim dan Lydia Saiful

Kuala Lumpur: Jika ada anugerah penyokong paling gemuruh, sudah tentu ia dimenangi penyokong Terengganu FC (TFC).

Ia susulan tinjauan Arena Metro mendapati suasana di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) cukup gamat dan meriah dengan paluan gendang serta sorakan 'menggila' penyokong mereka.

Malah tempat duduk penyokong skuad Penyu dilihat hampir penuh.

Situasi itu amat berbeza dengan tempat duduk penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dilihat masih kosong.

Sokongan dan jeritan penyokong skuad Harimau Selatan itu masih belum kelihatan.

Mungkin penyokong tegar JDT akan hanya mula memberi sorakan selepas kumpulan penyokong Boys Of Straits (BOS) masuk ke stadium.

Aksi final Piala Malaysia akan bermula tepat 9 malam ini.

Disiarkan pada: December 8, 2023 @ 7:48pm
d