Sukan Lain

Kerana Rahm, ramai ingin sertai Golf LIV

Oleh Reuters

London: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan komisioner Liga Golf LIV, Greg Norman menyatakan bahawa terdapat lapan hingga 12 pemain yang "menghubungi" beliau kerana mahu menyertai pasukan LIV yang baru yang akan diketuai oleh Jon Rahm.

Norman membuat kenyataan itu dalam temubual bersama ESPN dan BBC semalam.

Norman berkata kepada ESPN, "Sejujurnya, sejak Jon menandatangani, saya tahu Jon sudah dihubungi oleh ramai pemain yang ingin bergabung dengan pasukannya dan bertanya bagaimana mereka boleh menyertai.

"Saya tahu kerana telefon setiasa berbunyi," kata Norman kepada BBC.

Rahm membuat peralihan dari Jelajah PGA ke LIV minggu lalu dan menerima bayaran sebanyak AS$566 juta (RM2.6 bilion) dengan sebahagian besar jumlah itu sudah terjamin.

Norman berkata, dengan penambahan Rahm bakal memperkuat lagi format 54 lubang LIV dan persaingan membabitkan pasukan.

LIV bakal memulakan musim ketiganya di Mayakoba, Mexico, dari 2 hingga 4 Februari.

Disiarkan pada: December 14, 2023 @ 10:12am
d