Asia

12 maut, 7 cedera dalam nahas bas di Indonesia

Oleh BERNAMA

Jakarta: Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala tujuh lagi cedera apabila bas terbalik di sebuah lebuh raya di Pulau Jawa pada Jumaat, menurut Polis Jawa Barat.

Jurucakap Komisioner Kanan Ibrahim Tompo berkata tiga mayat lelaki dan sembilan mayat wanita dibawa ke hospital di Purwakarta manakala mereka yang cedera dibawa ke hospital berdekatan.

Insiden itu mengakibatkan keseluruhan lorong di susur keluar persimpangan Tol Cipali terhalang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Bagaimanapun, tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu.

Ibrahim berkata pemandu bas itu yang hanya cedera ringan ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut polis, bas yang membawa 20 penumpang dari arah Cirebon ke Jakarta itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbalik.

Disiarkan pada: December 16, 2023 @ 1:13pm
d