mutakhir

Mangsa banjir di Kelantan meningkat 4,131

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Hujan berterusan menyaksikan mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,131 mangsa pagi ini berbanding 3,832 mangsa malam tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 1,288 keluarga itu ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Sehingga jam 8.30 pagi ini, tiga daerah di Kelantan dilanda banjir membabitkan Pasir Mas, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 3,832 mangsa yang ditempatkan di 11 PPS.

Manakala, Tanah Merah merekodkan 176 mangsa dan Kuala Krai mencatatkan 92 mangsa, masing-masing ditempatkan di tiga PPS.

Disiarkan pada: December 17, 2023 @ 9:27am
d