Bola Sepak

Korea pertaruh barisan terkuat

Oleh Firdaus Hashim melaporkan dari Doha

Doha: Ranjau berliku bakal ditempuhi skuad Harimau Malaya apabila Korea Selatan akan mempertaruhkan pasukan terbaik untuk memburu kemenangan di Stadium Al Janoub, esok.

Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann berkata, pasukannya tetap akan menurunkan skuad terkuat berdepan Harimau Malaya kerana mereka sememangnya mahukan kemenangan.

"Kami bersedia untuk perlawanan esok, namun saya jangkakan ia tetap akan menjadi perlawanan yang sukar bagi kami.

"Malaysia pasukan yang bagus, kami melihat mereka bermain dan kami menghormati mereka.

"Kami mendapat pengajaran daripada aksi menentang Jordan, mereka sangat agresif dan beraksi dengan sangat bagus.

"Malah mereka juga mengubah cara permainan kami," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Selain itu, Klinsmann turut memuji ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang dilihat berjaya membimbing skuad itu ke tahap terbaik.

Disiarkan pada: January 24, 2024 @ 8:43pm
d