mutakhir

Hujan reda, orang ramai serbu KJH Segulai Sejalai Sarawak

Oleh Mohd Roji Kawi

Kuching: Dataran Perayaan Petra Jaya terus menjadi tumpuan orang ramai untuk bersama memeriahkan Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak sebaik hujan mulai reda, 12 tengah hari tadi.

Hujan lebat melanda bandar raya ini sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air.

Ia termasuk pusat bandar raya, Hospital Umum Sarawak (HUS), Batu Kawa serta Matang Jaya.

Namun keadaan berubah menjelang tengah hari apabila orang ramai mula berpusu-pusu datang pada hari terakhir KJH Segulai Sejalai.

Pelbagai acara menarik disediakan di 130 reruai agensi kerajaan dan swasta yang menyertai KJH Segulai Sejalai Sarawak yang berlangsung sejak tiga hari lalu.

Pertandingan akhir acara e-Sport yang julung kali diadakan pada KJH akan memeriahkan lagi karnival, malam ini.

Penutup tirai KJH Segulai Sejalai Sarawak malam ini akam digegarkan dengan Konsert Jom Heboh yang akan menampilkan beberapa penyanyi terkemuka tanah air.

Disiarkan pada: January 28, 2024 @ 3:51pm
d