Bola Sepak

Beckham kagum pemandangan Menara Berkembar Petronas

Kuala Lumpur: Ikon bola sepak Inggeris, David Beckham tiba di Malaysia, hari ini dan akan membuat kemunculan di The Exchange TRX, esok.

Legenda berusia 48 tahun itu akan berada di majlis 'The World of the Predator Exhibition' untuk mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak dikeluarkan jenama gergasi, Adidas.

Sebelum ini, dia berada di Bangkok sebagai duta Adidas untuk meraikan ulang tahun ke-30 but Predator bersama aktor dan penyanyi Thailand, Bright Vachirawit.

Menerusi media sosialnya, Beckham memuat naik gambar berlatar belakang Menara Berkembar Petronas sambil menyatakan kekaguman terhadap pemandangan dan bandar raya ini.

Disiarkan pada: January 31, 2024 @ 10:57pm
d