mutakhir

Dua maut dalam kemalangan dua kenderaan

Oleh Ahmad Ismail

Tangkak: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 36 Jalan Muar ke Segamat, di sini, hari ini.

Komandar Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak Johairi Sameon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 7.29 pagi.

Katanya, susulan itu sepasukan pegawai dan anggota BBP Tangkak dan BBP Bukit Gambir bergegas ke tempat kejadian.

"Berdasarkan laporan awal, kemalangan berkenaan membabitkan dua kenderaan yang membabitkan tiga mangsa.

"Dua lelaki iaitu seorang berusia 64 tahun serta seorang lagi (tiada pengenalan diri) maut akibat cedera parah di badan selepas tersepit dalam Suzuki Vitara.

"Manakala seorang lagi lelaki berusia 24 tahun kenderaan Mitsubishi Grandis terselamat, namun cedera di kepala dan kaki," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, mayat dua mangsa dan mangsa yang cedara dihantar ke Hospital Tangkak untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: February 12, 2024 @ 4:08pm
d