Asia

Bunuh 12 ahli keluarga hanya kerana bertengkar

Oleh Bernama-Dpa

Tehran: Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi Berita IRNA melaporkan bahawa lelaki berusia 30-an itu bertindak memasuki beberapa kediaman pada Sabtu sambil membawa senapang Kalashnikov, sebelum melepaskan tembakan ke arah keluarganya.

Menurut siasatan awal, kejadian dipercayai akibat pertengkaran.

Polis kini sedang menjejaki suspek.

Disiarkan pada: February 17, 2024 @ 6:32pm
d