Bola Sepak

Klopp cipta sejarah 132 tahun, bentuk pasukan dari 11 negara berbeza

Oleh Reuters

London: Liverpool ternyata gemar melakukan sesuatu di luar kotak pemikiran apabila menurunkan 11 pemain daripada negara berbeza untuk mencipta kemenangan 4-1 mengatasi Brentford.

Selepas beberapa pemain seperti Trent Alexander-Arnold, Alisson Becker, Thiago Alcantara, dan Dominik Szoboszlai mengalami kecederan, pengurus Liverpool Jurgen Klopp membuat perubahan membabitkan pasukannya.

Menariknya, Klopp membuat perubahan dengan berjaya membentuk pasukan yang mempunyai latar belakang berbeza sekali gus mencipta sejarah 132 tahun mereka.

Pengurus berasal dari Jerman itu membariskan penjaga gol Ireland Caoimhin Kelleher dan barisan pertahanan tediri daripada Conor Bradley dari Ireland Utara, Ibrahima Konate (Perancis), Virgil van Dijk (Belanda) dan Andrew Robertson dari Scotland.

Curtis Jones adalah satu-satunya pemain England selain Alexis Mac Allister dari Argentina dan Wataru Endo (Jepun).

Barisan hadapan diterajui Diogo Jota dari Portugal, Luis Diaz (Columbia), dan Darwin Nunez (Uruguay) sebelum pemain gantian Mohamed Salah dari Mesir masuk ke padang.

Nunez, Mac Allister, Salah, dan Cody Gakpo mencetak nama sebagai penjaring sekali gus membantu Liverpool memperoleh 57 mata dengan terus menerajui Liga Perdana Inggeris.

Disiarkan pada: February 18, 2024 @ 10:07am
d