Asia

PA harap gencatan senjata di Gaza menjelang Ramadan

Oleh Reuters

Ankara: Pihak Berkuasa Palestin (PA) berharap gencatan senjata di Gaza dapat dipersetujui menjelang Ramadan, kata menteri luarnya, Riyad al-Maliki pada Sabtu.

Bercakap pada sidang akhbar di forum diplomatik di Antalya, Turkiye, Maliki berkata, PA akan menjadi "satu-satunya pihak berkuasa yang sah" untuk mentadbirkan Gaza selepas perang.

PA yang melaksanakan pemerintahan terhad di beberapa bahagian Tebing Barat yang diduduki Israel, kehilangan kawalan ke atas Gaza kepada Hamas pada 2007.

Israel dan Hamas telah berunding melalui pengantara mengenai kemungkinan gencatan senjata di Gaza, dengan tujuan menghentikan pertempuran pada bulan Ramadan.

Disiarkan pada: March 2, 2024 @ 6:36pm
d