mutakhir

Rumah ibu bapa Kor Ming ditaburi nota ugutan

Oleh Muhamad Lokman Khairi

Manjung: Rumah ibu bapa kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Jalan Ling Sing Hang, Ayer Tawar di sini ditaburi nota ugutan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu Kor Ming yang berusia 76 berhubung kejadian itu pada 10.15 pagi.

Menurutnya, kertas di hadapan rumah pengadu dengan tertera tulisan "Nga Kor Ming jangan cabar Islam."

"Pengadu menyatakan dia melihat banyak kertas dengan tulisan terbabit semasa keluar dari rumah pada jam 7.30 pagi.

"Pengadu percaya perkataan itu mempunyai niat yang tidak baik. Sehubungan dengan itu, usaha mengesan suspek kini giat dilakukan. Punca kejadian belum diketahui." katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Fariq Nazmi Mohd Mustafa di talian 013-3317099 bagi membantu siasatan," katanya.

Disiarkan pada: March 7, 2024 @ 2:38pm
d