mutakhir

PM hulur sumbangan kepada belia hidap penyakit kaki gajah

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Jazlan Abd Jamin, seorang belia yang menghidap penyakit kaki gajah (elefantiasis).

Sumbangan itu disampaikan oleh setiausaha politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Muhammad Jazlan di Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

"Saudara (Muhammad) Jazlan telah menghidap penyakit kaki gajah selepas terjatuh longkang tiga tahun lalu dan kini nasib beliau tambah malang apabila satu daripada kakinya terpaksa dipotong atas nasihat pegawai perubatan.

"Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Disiarkan pada: March 23, 2024 @ 9:27pm
d