mutakhir

Pemandu lori rentung masuk gaung

Oleh Ahmad Hasbi

Seremban: Pemandu lori rentung apabila lori kontena dipandunya terbakar selepas terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 10 meter dekat Kilometer (Km) 255 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.15 petang itu, lori dipandu mangsa dikatakan terbabit kemalangan dengan sebuah lagi lori kontena.

Komander Operasi Kanan, Jafri Amat berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.20 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau bergegas ke lokasi.

"Kebakaran membabitkan sebuah lori membawa muatan kontena kosong susulan daripada kemalangan jalan raya membabitkan dua lori.

"Salah sebuah daripadanya terbabas jatuh ke gaung sedalam kira-kira 10 meter.

"Terdapat seorang mangsa berusia anggaran 30-an tersepit dan rentung berjaya dikeluarkan pihak kami dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: March 27, 2024 @ 6:17pm
d