Asia

8 orang awam terbunuh dalam serangan Israel ke atas bandar Rafah

Oleh Bernama-Wafa

Gaza: Lapan orang awam terbunuh dan yang lain cedera hari ini dalam pengeboman pendudukan di bahagian timur bandar Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber perubatan, pesawat perang Israel menyasarkan sekumpulan orang awam di sekitar Tanah Perkuburan Timur di timur Rafah, membunuh lima orang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Tiga orang awam juga terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan Israel di kawasan kejiranan al-Janina di timur bandar Rafah.

Disiarkan pada: April 11, 2024 @ 10:44pm
d