Bola Sepak

Szoboszlai kapten termuda dalam sejarah Euro

Oleh Agensi

Cologne: Bintang Liverpool Dominik Szoboszlai memecahkan rekod 64 tahun selepas dipilih menjadi kapten Hungary untuk aksi menentang Switzerland dalam saingan Euro 2024 malam ini.

Pada usia 23 tahun, tujuh bulan dan 21 hari, Szoboszlai muncul kapten paling muda dalam sejarah Euro sejak diwujudkan pada 1960.

Bercakap sebelum perlawanan, dia berkata: "Beberapa hari lalu, saya mendapat tahu saya kapten paling muda dalam sejarah Kejohanan Eropah.

"Ini satu penghormatan kepada saya dan pada masa sama, saya berterima kasih kepada Marco Rossi yang mempercayai saya untuk mengetuai pasukan kali ini," katanya.

Szoboszlai menyertai Liverpool dari RB Leipzig pada musim panas lalu dan pantas menarik perhatian penyokong The Reds.

Kecederaan hamstring membatasi kemajuannya tetapi akhirnya mendapatkan tempat semula dalam kesebelasan skuad Jurgen Klopp menuju penghujung musim.

Disiarkan pada: June 15, 2024 @ 10:07pm
d