Bola Sepak

Turkiye laung amaran di pentas Euro 2024

Reuters

Dortmund: Ubi muda Turkiye Arda Guler mencipta sensasi apabila menjaringkan gol menakjubkan untuk membantu pasukannya mencipta kemenangan 3-1 mengatasi pendatang baharu dalam kejohanan Euro 2024 iaitu Georgia.

Mert Muldur terlebih dahulu meletakkan Turkiye dihadapan pada minit ke 25 selepas melakukan sepakan voli sekali gus menewaskan penjaga gol Georgia Giorgi Mamardashvili.

Georgia yang kali pertama tampil di pentas Euro berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32 menerusi Georges Mikautadze yang menyempurnakan hantaran silang Giorgi Kochorashvili untuk menumpaskan Mert Gunok yang sepatutnya beraksi dengan lebih baik bagi menutup ruang di bahagian tiang.

Arda Guler, yang berusia 19 tahun dan datang ke kejohanan ini selepas beberapa gol berturut-turut untuk Real Madrid, menjaringkan gol selepas 65 minit, melepaskan satu rembatan melengkung yang tidak dapat ditepis ke penjuru atas gol.

Georgia menekan untuk penyamaan lewat tetapi dengan Mamardashvili naik untuk beberapa siri sepakan sudut memberi ruang kepada Kerem Akturkoglu melepaskan diri dan menjaringkan gol pada masa tambahan untuk menjadikan kedudukan 3-1.

tamat//

Disiarkan pada: June 19, 2024 @ 2:30am
d