mutakhir

Kerusi Dun Nenggiri kosong, SPR mesyuarat 28 Jun

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri, hari ini dan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu akan diadakan 28 Jun ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, satu sidang media mengenai pelaksanaan pilihan raya pula akan diadakan selepas mesyuarat khas berkenaan.

"SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi N43 Nenggiri berikutan penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim sudah hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

"Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima pemakluman itu," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Amar mengumumkan kerusi Dun Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa hari ini, dengan keputusan dibuat selepas Dun Kelantan menerima notis bertulis mengenai perkara itu pada 13 Jun lalu.


Mohd Azizi tak terkejut, bawa kes ke mahkamah

Disiarkan pada: June 19, 2024 @ 7:50pm
d