Bola Sepak

Scotland, Switzerland seri 1-1

Oleh Reuters

Cologne, Jerman: Scotland menghidupkan kembali peluang untuk mara ke peringkat 16 terakhir Euro 2024 selepas seri 1-1 dengan Switzerland dalam aksi Kumpulan A, awal pagi tadi.

Selepas dibelasah 1-5 oleh Jerman, Scotland yang mendapat sokongan puluhan ribu penyokong bermula cemerlang apabila percubaan Scott McTominay pada minit ke-13 membolehkan mereka di depan.

Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Switzerland menyamakan kedudukan menerusi rembatan cantik Xherdan Shaqiri pada minit ke-26.

Switzerland kini di tangga kedua di belakang pendahulu kumpulan Jerman dengan empat mata manakala Scotland ketiga dengan satu mata dan perlu menewaskan Hungary di Stuttgart untuk mara.

Disiarkan pada: June 20, 2024 @ 5:52am
d