mutakhir

RM2.4 juta untuk baiki saluran bekalan air di luar bandar Sabah

Oleh Yun Mikail

Kota Kinabalu: Peruntukan sebanyak RM2.4 juta sudah disalurkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi membaiki saluran bekalan air di kawasan luar bandar Sabah, bulan lalu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan itu akan ditambah dari semasa ke semasa namun koordinasi antara kerajaan negeri dan pusat harus seiring untuk membolehkan rakyat mendapat bekalan air bersih yang sepatutnya.

"Jadi, kerjasama ini kita akan selaraskan. Kerajaan negeri juga sudah diberikan peruntukan oleh kerajaan Pusat untuk memperbaiki dan menukar paip air.

"Saya fikir koordinasi ini boleh dilakukan supaya masalah berkaitan gangguan bekalan air ini dapat diatasi," katanya sewaktu sidang media selepas Majlis Perasmian Perwakilan Bahagian Umno Sepanggar di sini, ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga sudah bertemu Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Datuk Yakub Khan bagi membincangkan isu bekalan air di kawasan berkenaan.

Disiarkan pada: June 22, 2024 @ 7:32pm
d