Sukan Lain

Shereen rangkul emas, Azeem tempat ketiga di Terbuka Kazakhstan

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Pelari 400 meter (m) wanita negara, Shereen Samson Vallabouy jelas sekali sukar digugat apabila memenangi pingat emas di Terbuka Kazakhstan, sebentar tadi.

Atlet berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga apabila meninggalkan peserta lain jauh untuk mengesahkan tempat pertama miliknya menerusi catatan masa 52.60 saat (s) pada aksi final yang berlangsung di Pusat Latihan Olimpik Almaty.

Namun, keputusan terbabit belum lagi mengesahkan kedudukannya sama ada berpeluang beraksi di Olimpik Paris apabila perlu menunggu kemas kini ranking pada Isnin ini.

Berdasarkan kepada situasi terkini, Shereen perlu menembusi kelompok 48 pelari terbaik dengan memecah rekod kebangsaan miliknya iaitu 57.79s namun dia gagal melakukan catatan itu di bumi Kazakhstan.

Sementara itu, pelari pecut negara Mohd Azeem Fahmi yang turut merebut slot ke Paris mengakhiri saingan final 100m lelaki di tempat ketiga dengan catatan 10.37s.

Pingat emas untuk acara itu dimenangi h Puripol Boonson dari Thailand dengan catatan masa 10.23s manakala gangsa milik pelari Turkiye, Kayhan Ozer, 10.25s.

Disiarkan pada: June 23, 2024 @ 12:21am
d