mutakhir

Geng PH ajak Sanusi main bola Ahad ni, sambil bincang selesaikan isu air

xNur Izzati Mohamad

am@hmetro.com.my

Nibong Tebal: Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) Akmal Nasrullah Mohd Nasir, menjemput Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama pasukannya untuk turun bermain bola sepak Ahad ini, dan berbincang apa jua isu rakyat termasuk isu berkaitan air.

"Ini jemputan terbuka buat Panglima Perang Kedah (Muhammad Sanusi) untuk beliau bersama pasukannya bermain bola sepak dengan kami daripada PH.

"Selalu beliau marah dengan saya bila buat lawatan di Kedah, tidak jemput beliau sekali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Dewan MPKK Sungai Kechil, di sini, semalam.

"Tetapi kali ini, saya nak jemput beliau (bermain bola sepak) dan kita bincang cara nak menyelesaikan masalah rakyat jelata," katanya lagi.

Sanusi sahut cabaran main bola dengan pasukan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

Disiarkan pada: June 24, 2024 @ 1:40pm
d