Bola Sepak

Rudiger mungkin diketepikan untuk aksi 16 terakhir

Oleh AFP

Herzogenaurach: Tuan rumah Euro 2024, Jerman dilanda kebimbangan baharu mengenai pertahanan menjelang pertembungan 16 terakhir mereka, dengan bek tengah, Antonio Rudiger diragui berdepan kecederaan paha.

Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) berkata, Rudiger akan masih belum pasti beraksi untuk perlawanan itu, menentang lawan yang belum ditentukan di Dortmund pada hari Ahad, dari pangkalan latihan pasukan itu di perkampungan Bavaria, Herzogenaurach.

Jurulatih Julian Nagelsmann perlu mencari gandingan baharu dalam pertahanan tengah, dengan Jonathan Tah sudah diketepikan daripada perlawanan 16 terakhir kerana penggantungan kad kuning.

Jerman pasukan pertama dalam kumpulan mereka selepas seri 1-1 dengan Switzerland hasil jaringan masa kecederaan Niclas Fullkrug di Frankfurt.

Rudiger menghabiskan perlawanan pagi tadi tetapi imbasan menunjukkan koyakan di paha kanannya.

Nagelsmann berkata, selepas perlawanan pertahanan Real Madrid itu menghabiskan perlawanan walaupun mengalami aduan kecederaan.

Pemenang Euro tiga kali, Jerman akan berdepan pasukan yang menduduki tempat kedua dalam Kumpulan C.

England kini berada di tempat pertama dalam kumpulan dengan empat mata, diikuti Denmark dan Slovenia dengan dua mata dan Serbia dengan satu mata, dengan baki perlawanan akan dimainkan pada hari Khamis.

Disiarkan pada: June 24, 2024 @ 11:12pm
d