mutakhir

Penganggur didakwa bunuh ibu

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya, dua minggu lalu.

K S Sugan, 36, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Siti Nora Sharif, namun tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian S Indra, 60, di sebuah rumah di Dataran Tanah Timur 5, Taman Restu Jaya, Bercham di sini, antara 1 pagi hingga 9.30 pagi, 12 Jun lalu.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 20 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Disiarkan pada: June 25, 2024 @ 11:43am
d