mutakhir

Padah memiliki senjata buku lima

Oleh Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki senjata buku lima, 21 Jun lalu.

Tertuduh, Mohd Hazri Aidi Mohd Hatta, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata berjadual iaitu sebuah buku lima tanpa kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa.

Perbuatan itu dilakukan di tepi jalan di kawasan Dewan Beta di sini, jam 9.30 malam, pada 21 Jun 2024.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Edabayu tidak mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin.

Tertuduh merayu supaya mahkamah mengurangkan jaminan terhadapnya kerana perlu menjaga ibu yang sakit.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai depan sebagai sebutan semula kes untuk fakta kes dan jatuh hukum.

Disiarkan pada: June 25, 2024 @ 1:48pm
d