Eropah

Pengedar dadah biarkan kapal selam tenggelam

Oleh AFP

Madrid: Sekumpulan pengedar dadah Colombia menenggelamkan kapal selam mereka di luar pantai Sepanyol selepas mereka dikesan oleh pegawai kastam, kata polis dalam satu kenyataan bersama pada Selasa.

Sepanyol adalah satu daripada pintu masuk utama untuk dadah ke Eropah kerana hubungannya yang rapat dengan Amerika Latin dan berdekatan dengan Maghribi.

Pada Ahad, pegawai kastam ternampak sebuah kapal dalam jarak kira-kira 500 kilometer dari pantai selatan Sepanyol.

Kapal separa tenggelam sepanjang 20 meter iaitu sejenis bot yang semakin banyak digunakan oleh pengedar yang menggandakan kreativiti mereka untuk mencari cara baharu untuk menyembunyikan penghantaran dadah.

Apabila pegawai kastam menghampiri, anak kapal "membuka injap di bahagian bawah kapal selam, sebelum anak kapal muncul lalu diselamatkan dan kemudian ditahan," kata kenyataan itu.

Ia menambah: "Kapal separa tenggelam itu dinaiki air dalam beberapa minit, sebelum tenggelam karam bersama muatannya ke dasar laut."

Empat anak kapal warga Colombia itu diselamatkan dan kemudian ditahan.

Disiarkan pada: June 27, 2024 @ 11:12am
d