mutakhir

Bayi ditemui lemas di dalam sungai

Oleh Amir Hamzah Nordin

Lipis: Seorang bayi perempuan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumahnya di Kampung Simoi Lama, Pos Lenjang, dekat sini, pada jam 4.55 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, bayi perempuan berusia setahun sepuluh bulan itu dihanyutkan air sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

"Bayi berkenaan ditemui penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dihantar ke Klinik Kesihatan Pos Betau.

"Mangsa dirujuk ke Unit Forensik, Hospital Lipis dan punca kematian bayi itu disebabkan lemas," katanya.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat sila hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis di nombor 09-3121999.

Disiarkan pada: June 27, 2024 @ 1:52pm
d