mutakhir

Maqis rampas 200 kg rumpai laut kering dari Korea Selatan

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Butterworth: Sebanyak 200 kilogram (kg) rumpai laut kering dirampas di pintu masuk Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD) Pulau Pinang, hari ini, kerana didapati tidak mempunyai permit import yang sah.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, rumpai laut bernilai RM10,000 yang dibawa masuk dari Korea Selatan itu ditahan selepas pemeriksaan fizikal terhadap konsainan itu.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian, haiwan, karkas, ikan, produk pertanian, tanah dan mikroorganisma tanpa permit yang sah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama.

"Maqis sentiasa mengambil langkah serius dalam isu yang membabitkan keselamatan dan keterjaminan makanan yang dibawa masuk dari luar negara.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa demi memastikan industri makanan negara terjamin," katanya.

Disiarkan pada: June 27, 2024 @ 2:11pm
d