rap

Noraniza Idris anjur persembahan 'konsert dalam pertandingan'

Kuala Lumpur: Penyanyi Noraniza Idris, 56, bakal melangsungkan konsert dinamakan Konsert Qalam Noraniza Idris pada 27 hingga 29 September nanti di Panggung Bangsawan, Melaka.

Noraniza berkata konsert terbabit adalah bersempena sambutan Hari Malaysia yang berlangsung pada bulan September nanti.

Ratu Irama Malaysia itu bakal mengetengahkan konsep 'konsert dalam pertandingan' menghimpunkan kumpulan tarian etnik yang layak ke peringkat kebangsaan untuk mengiringi persembahannya.

Konsert itu juga demi menebus kekecewaan terhadap Konsert Malai Solo yang dibatalkan dua tahun lalu.

Dia mahu terus perjuangan lagu etnik dan akui memikul tanggungjawab besar untuk menaikkan muzik irama Malaysia selepas pemergian komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah.

Konsert dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan diadakan selama tiga hari di Panggung Bangsawan, Melaka.

Tiket boleh dibeli pada harga serendah RM99 (Sawo Matang), RM149 (Ala Dondang), RM199 (Masyhur), RM249 (Seri Balas) di laman web Ilassotikets.

Disiarkan pada: June 27, 2024 @ 6:27pm
d