mutakhir

Pesawat ringan mendarat cemas di Pelabuhan Klang - CAAM

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebuah pesawat ringan milik Kelab Penerbangan Subang melakukan pendaratan cemas di satu Kawasan lapang dekat Pelabuhan Klang, Selangor, hari ini.

Ringkasan Berita
  • Pesawat ringan Piper PA-28-161 mendarat cemas berhampiran Pelabuhan Klang.
  • Ia dinaiki dua individu yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
  • Siasatan akan dilaksanakan Bahagian XXIII Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
  • Kejadian itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud.

    Beliau berkata, pesawat Piper PA-28-161 dengan pendaftaran 9M-ANA dinaiki dua individu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 2.50 petang.

    "Menara Kawalan Subang menerima panggilan 'mayday' pada 2.58 petang.

    "Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) CAAM di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur diaktifkan pada 3.10 petang selepas menerima maklumat bagi tujuan koordinasi operasi mencari dan menyelamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Norazman berkata, siasatan akan dilaksanakan Bahagian XXIII Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

    Juruterbang, pelatih juruterbang selamat

    Disiarkan pada: June 27, 2024 @ 6:40pm
    d