utama

3 sahabat maut, seorang parah, kereta langgar tiang elektrik

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Tiga maut, seorang parah selepas Proton Wira dinaiki empat sahabat terbabas melanggar tiang elektrik di Jalan Renggam, Simpang Renggam di sini, tengah malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Shoromi Salih berkata, Mohamad Ziyad Azmi, Ahmad Manan Zaini dan Muhamad Adib Ahmad Shahfarin, semuanya berusia 21 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian

Katanya, mangsa parah dikenali sebagai Nor Aminul Fitri Nor Azmi juga 21 tahun tahun dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.

"Bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.45 malam dan jentera sampai ke lokasi pada 11.47 malam

"Semua mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.

"Pemandunya tidak dapat disahkan kerana keadaan semua mangsa bertindih ketika ditemukan pasukan bomba," katanya.

Katanya, operasi membabitkan 14 anggota ditamatkan pada 1.13 pagi.

Disiarkan pada: June 28, 2024 @ 9:53am
d