rap

Sharifah Amani selamat lahirkan bayi lelaki

Kuala Lumpur: Pelakon Sharifah Amani, 38, berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata lelaki dan dinamakan Ahmed Mohsein, kelmarin.

Sharifah Amani atau pemilik nama Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya dan suaminya, Ahmed Faris Amir, dikongsi kegembiraan mereka di Instagram, petang tadi.

"Assalamualaikum, kenalkan anak lelaki kami, Ahmed Mohsein Ahmed Faris yang dilahirkan pada 26 Jun 2024.

"Alhamdulillah, ibu dan anak berada dalam keadaan baik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," tulisnya.

Di kalangan kenalan rapat dan rakan artis turut tumpang gembira selain menitip ucapan tahniah.

Pada Februari lalu, Sharifah Amani berkongsi berita kehamilan menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram.

Klip video itu memaparkan reaksi suaminya, keluarga dan rakan-rakan rapat apabila menerima perkhabaran gembira itu.

Sharifah Amani berkahwin dengan Ahmad Faris pada 10 September 2022.

Disiarkan pada: June 28, 2024 @ 9:07pm
d