Sukan Lain

Pahang Rangers mahu benam Selangor FC

Oleh Mohd Rafi Mamat

Kuantan: Pasukan Pahang Rangers FC memulakan pusingan kedua saingan Divisyen 1 Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) bertemu Selangor FC di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic, Shah Alam, esok.

Berada di tangga kedua liga memerlukan skuad bimbingan Gerard Casas meraih kemenangan dalam usaha memburu kejuaraan musim ini.

Menurut Casas, mereka tidak memandang mudah pertemuan dengan Selangor FC yang pastinya akan mendapat tentangan sengit daripada pasukan lawan.

"Pada perlawanan pertama di Stadium Tertutup SUKPA, kami menang 8-4, namun pertemuan esok bukan mudah.

"Saya berharap pemain Pahang Rangers dapat memberi persembahan terbaik mengikut percaturan dilakukan pada sesi latihan dan peluang meraih kejayaan masih ada.

"Tuan rumah memiliki kelebihan dan saya yakin kejayaan berpihak pada kami dengan syarat pemain turun dengan penuh semangat dan menggandakan usaha sepanjang perlawanan," katanya.

Disiarkan pada: June 28, 2024 @ 9:59pm
d