Asia

Arab Saudi umum penemuan baharu 7 deposit minyak dan gas

Oleh Reuters

Kaherah: Menteri Tenaga Arab Saudi pada Isnin mengumumkan penemuan tujuh deposit minyak dan gas di Wilayah Timur dan kawasan dikenali sebagai Empty Quater di negara ini, lapor agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA.

Menteri Tenaga Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Salman berkata, kumpulan minyak Arab Saudi Aramco, menemukan "dua medan minyak tidak konvensional, takungan minyak ringan Arab Saudi, dua medan gas asli dan dua takungan gas asli", kata SPA.

Dua medan minyak tidak konvensional dan satu takungan ditemukan di Wilayah Timur Saudi, manakala dua medan gas asli dan dua takungan di kawasan dikenali sebagai Empty Quarter.

Disiarkan pada: July 2, 2024 @ 9:34am
d