Amerika Utara

Biden salahkan perjalanan atas prestasi debat

Oleh AFP

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, pada Selasa berkata, perjalanan antarabangsa tanpa henti harus dipersalahkan atas prestasi buruk pada Debat Presiden minggu lalu, sambil menambah "ia bukan alasan, tetapi penjelasan."

Biden berkata, beliau "tidak begitu bijak" kerana "mengembara ke seluruh dunia beberapa kali... sejurus sebelum perbahasan.

"Saya tidak mendengar cakap kakitangan saya... dan kemudian saya hampir tertidur di atas pentas," katanya.

Disiarkan pada: July 3, 2024 @ 8:55am
d