mutakhir

PRK Sungai Bakap: 16.74 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof

Nibong Tebal: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap mencatatkan 16.74 peratus setakat jam 10 pagi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses mengundi di sembilan pusat pengundian berjalan lancar dalam suasana cuaca baik sepanjang pagi ini.

Proses pengundian bermula jam 8 pagi hingga 6 petang ini sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Disiarkan pada: July 6, 2024 @ 11:14am
d