mutakhir

Warga emas kait rambutan jatuh longkang

Oleh Amrullah Abdul Karim

Bukit Beruntung: Akibat tergelincir ketika mengait rambutan, seorang lelaki warga emas parah selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam 4.6 meter di belakang rumahnya
di Taman Daisy di sini pagi kelmarin.

Kejadian berlaku jam 9.50 pagi ketika mangsa, Choo Ah Kiew, 75, bersama isterinya sedang mengait rambutan di Jalan Daisy 6 sebelum terjatuh.

Akibat kejadian itu, Choo mengalami kecederaan muka dan patah kaki kiri.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie berkata, orang awam yang melihat kejadian itu menghubungi bomba jam 9.56 pagi sebelum pasukannya tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa terbaring dan tidak dapat bergerak akibat cedera dan diberi rawatan kecemasan
di dalam longkang sebelum dibawa naik menggunakan pengusung dan tali,” katanya.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Disiarkan pada: September 4, 2016 @ 5:29am
d