mutakhir

Siasat sendiri kotak hitam

Pangkalan Bun: Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT) yakin mampu menyiasat kotak hitam pesawat yang akan diangkat dari dasar laut selepas ditemui kelmarin.

Pakar penyelidik KNKT, Nucahyo Utomo berkata, pihaknya memiliki kepakaran dan teknologi terkini untuk menyiasat punca kejadian itu.

“Sejak 2009, KNKT mempunyai makmal kotak hitam dan pakarnya pula dilatih di Australia. Kami sentiasa mengemaskini teknologi terbaru,” katanya.

Menurutnya, kotak hitam tidak dihantar ke luar negara untuk penyiasatan dan KNKT berupaya menyiasatnya di Indonesia sendiri.

“Russia sendiri pernah memuji kemampuan Indonesia menyiasat kotak hitam pesawat Sukoi yang hancur terbakar di Gunung Salak, Bogor pada 2012.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 9, 2015 @ 7:21am
d