rap

Nassier Wahab dianugerahkan gelaran Datuk

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

PENYANYI popular era 80-an, Nassier Wahab dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Ketika ditemui Nassier, 55, melahirkan rasa syukur dengan anugerah itu dan menyifatkan segala kerja keras dalam dunia seni sejak 30 tahun lalu terbalas.

"Seperti tidak menyangka pun, kerana bagi saya ramai lagi yang lebih layak untuk menerima anugerah ini. Tapi saya percaya pada konsep rezeki dan Allah murahkan rezeki saya hari ini.

"Ini adalah anugerah terbesar pernah saya terima sepanjang perjalanan karier seni saya dan sudah tentu, untuk peminat yang sentiasa menyokong saya," katanya.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Memori Cinta Luka itu adalah seorang daripada 158 penerima darjah kebesaran dan pingat yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Disiarkan pada: May 15, 2017 @ 3:00pm
d