mutakhir

Tiga lagi pegawai ZPP direman [METROTV]

Oleh Hadzlihady Hassan

Tiga pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) direman enam hari bagi bantu siasatan kes penyelewengan dan rasuah membabitkan agensi itu.

Perintah reman terhadap pegawai berusia 33 hingga 49 tahun itu dikeluarkan Majistret L Umma Devi di Mahkamah Majistret di Georgetown, 3 petang, hari ini.

Semalam, ketiga-tiga pegawai berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat mereka di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Semua mereka ditahan jam 4.30 petang.

Penahanan ketiga-tiga mereka itu dilakukan susulan daripada tangkapan 12 individu membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ZPP, tiga pegawainya dan lapan kontraktor Selasa lalu.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 6:07pm
d