mutakhir

Mujur sempat keluar

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

PEMANDU sebuah kereta sempat menyelamatkan diri selepas kenderaan itu terbakar di Kilometer 276.7 Lebuhraya PLUS arah selatan, berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Mohd Fauzi Shamir berkata, pihaknya menerima panggilan 7.35 pagi dan sebuah jentera bersama tujuh anggota ke lokasi.

Menurutnya, wanita berusia 34 tahun yang dalam perjalanan dari Bangi ke Rembau menyedari enjin berasap lalu berhenti di lorong kecemasan.

"Mangsa keluar menyelamatkan diri sebelum api marak. Mangsa kemudian menghubungi bomba untuk bantuan.

"Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit memadamkan kebakaran. Kereta terbabit musnah 100 peratus," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 11:55am
d