mutakhir

Tinggal bayi di pondok

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

BAYI lelaki ditemui di sebuah pondok kecil di Kampung Pulau Juar, Kampung Gajah, 7 pagi hari ini.

Difahamkan, bayi berkenaan yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan dibalut dengan sehelai kain oleh seorang lelaki yang juga pemilik rumah berdekatan sebelum melaporkannya pada polis.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan.

Menurutnya, doktor memberitahu bayi itu berada dalam keadaan tenat dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) hospital berkenaan.

"Ujian darah sudah dijalankan doktor untuk kesan jika ada penyakit lain dan bayi berkenaan kini dalam keadaan tenat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

Disiarkan pada: June 8, 2017 @ 3:24pm
d