mutakhir

Sumbangan kepada anak yatim, asnaf

Oleh Ibrahim Isa

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 250 anak yatim dan asnaf di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama hampir 2,000 jemaah menunaikan solat Tarawih dipimpin Imam masjid berkenaan, Abdullah Embong.

Hadir sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Selesai moreh bersama jemaah, Dr Ahmad Zahid sempat bergambar bersama jemaah lain sebelum meninggalkan perkarangan masjid.

Terdahulu, Dr Ahmad Zahid menyampaikan bantuan kepada 30 anak yatim dan 70 asnaf pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan bersama Timbalan Perdana Menteri dan warga Kementerian Dalam Negeri di Masjid Al-Mizan Kempas di sini, petang tadi.

Disiarkan pada: June 8, 2017 @ 11:59pm
d