arena

Buat perangai pengadil henti perlawanan

Oleh Reuters

PENGADIL yang mengadili Piala Konfederasi di Russia kini mempunyai kuasa ‘menghentikan’ perlawanan andai penyokong berkelakuan buruk.

Langkah itu adalah sebahagian daripada prosedur tiga langkah diambil FIFA untuk mewujudkan perlawanan adil sepanjang saingan berlangsung.

Prosedur akan membolehkan pengadil memberhentikan perlawanan, membuat pengumuman atas tindakan diskriminasi penyokong, menghentikan perlawanan sementara jika masalah berlanjutan dan menghentikan terus jika tidak berubah.

FIFA turut memperkenalkan inisiatif menempatkan pegawai anti diskriminasi dalam kalangan penyokong untuk mengesan dan melaporkan tindakan melampaui batas.

"Ini antara perubahan ketara untuk memerangi diskriminasi global sekaligus menandakan penanda aras baru Piala Konfederasi FIFA 2017," menurut presiden FIFA Gianni Infantino dalam satu kenyataan.

Disiarkan pada: June 15, 2017 @ 7:02pm
d