mutakhir

Misi bantuan Muslim Care di Bangladesh

Oleh Yusmizal Dolah Aling

MUSLIM Care Society Malaysia (Muslim Care) berlepas ke Dhaka, Bangladesh malam semalam untuk misi bantuan kepada pelarian Rohingya di sana.

Timbalan Presidennya Johari Ismail berkata, sukarelawan yang disertai Exco Muslim Care dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu akan ke beberapa kem dan kampung di Cox's Bazar.

Katanya, selain penyerahan pek makanan kepada etnik Rohingya, pihaknya juga sudah mengatur program iftar di beberapa madrasah untuk menyantuni pelarian.

"Kita juga akan menggantikan khemah baru yang runtuh dan mengunjungi kem penempatan baru di Kutupalong. Di situ, kita juga akan melihat keperluan mereka dan akan cuba bantu," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) malam semalam.

Justeru katanya, orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam(14014010147470) Maybank (564490413882) Bank Muamalat (14010007654717).

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 3:11am
d